D’pool Homestay Gong Badak, Kuala Nerus

4 Bedrooms
4 Bathrooms

Details

Overview

Mencari tempat penginapan yang selesa dan berbaloi di daerah Kuala Nerus? Homestay kami terletak strategik berhampiran Gong Badak, Terengganu, menjadikannya pilihan sempurna untuk keluarga dan kumpulan yang melawat UMT, Unisza, MRSM, IPG, atau ILP. Nak ke Unisza pun hanya 6 minit sahaja.

Butiran Penginapan:
Homestay kami sangat sesuai untuk kumpulan/rombongan besar, mampu menampung sehingga 25 tetamu! Terdapat 4 bilik tidur, dengan 3 bilik mandi dalam bilik dan 1 bilik mandi di luar bilik, jadi semua tetamu boleh menikmati keselesaan dan privasi.

Ruang tamu yang luas dan dapur lengkap juga disediakan, siap dengan swimming pool menjadikan penginapan anda lebih selesa.

Rumah homestay ni merupakan single storey corner lot unit, membuatkan privasi anda dengan jiran jiran lebih terpelihara. Tapi pastikan anda parking di tempat yang betul, 3 kereta boleh parking di dalam, dan 3 buah lagi boleh parking diluar.

Kenapa Pilih Kami?
Kenapa bayar lebih apabila anda boleh mendapatkan ruang, keselesaan, dan privasi yang anda perlukan – semuanya dengan harga yang sangat berbaloi? Sama ada anda datang untuk melawat keluarga, menghadiri acara universiti, atau bercuti di pantai, kami sedia menyambut anda di homestay yang mesra dan selesa, seperti di rumah sendiri.

House Rules
  • check in 3 pm
  • check out 12 pm
  • deposit RM200 - RM300
Nearby Places
Near with:
📍2.4km to Sultan Mahmud Airport
📍1.6km to Stadium Gong Badak
📍3.5km to Teluk Ketapang Beach
📍3.4 km to UMT
📍2.5 km to UNISZA
📍2.7 km to Mydin Mall Gong Badak
📍6.7 km to Muzium Kuala Terengganu
📍6.1 km to Warung Pok Nong Celup Tepung

Details

  • Guest:
    25
  • Bedrooms:
    4
  • Bathrooms:
    4
  • Parking Dalam:
    3
  • Price (RM):
    RM700
  • Accommodation:

Features

  • 100mbps Wifi
  • Coway
  • Peralatan Memasak
  • Swimming Pool