Kenapa pilih Homestay berbanding dengan Hotel

Sebab jimat kos. Walaupun bila tiba waktu bayar, mungkin anda pergi dengan 3 keluarga. Agak segan juga nak minta lagi dua buat keluarga. So anda bayar sendiri sahaja, apa apa pun kos yang dikeluarkan lebih rendah berbanding dengan duduk di hotel.

Atau mungkin anda sudah belanjakan pada penginapan, adek beradek family yang lain belanja dapur untuk makan pula. Walaupun bila dah sampai tempat orang ni mesti kita pun nak rasa sajian dan makanan popular di kawasan tempatan. Lagipun dah penat jalan jalan ni, mesti nak beli sahaja, mudah, tak perlu nak buang sampah nak basuh pinggan semua. Apa apa pun, terpulang pada perancangan sendiri.

Dari segi keselamatan mungkin lebih kurang sama. Tambah lagi kalau hotel yang memang anda parking kereta dikawasan parking hotel. Walaupun sebenarnya agak sukar utuk anda parking di petak khas kalau hotel bajet. Kalau homestay pun lebih kurang sama, maaf cakap, kalau dah nak jadi, jadi juga. Itu sebab banyak homestay owner ambil inisiatif untuk install cctv.

Homestay lebih mudah nak check in berbanding dengan hotel. Kadang tu hotel di lobi sahaja sudah 30 minit, kita pun tak tahu apa yang sedang berlaku, kenapa lama sangat. Di homestay, ada yang self check in untuk lebih memudahkan urusan. Homestay juga anda tak perlu nak naik tangga atau lif ke bilik, homestay lebih mudah, lagi lagi kalau kita bawa warga emas. Walaupun kebanyakan homestay tidak mesra OKU seperti Hotel. Tapi nak usung pun tak jauh sampai nak naik ke tingkat atas.

Cuma, penting juga anda pastikan bilik di tingkat bawah ada berapa, andai kata homestay yang anda pilih bertingkat. Untuk pihak kami, kita ada sediakan ruangan floor untuk host kongsikan berapa bilik untuk setiap aras dan level rumah homestay mereka supaya anda mudah faham.

referrence
Gambar diambil daripada impiana.my.