Kenapa Homestay Kurang Dapat Tempahan?

Maaf cakap, promosi homestay ni sebenarnya tidaklah susah mana. Anda hanya perlu bagi orang nampak iklan homestay anda sahaja. Anda tak perlu pujuk memujuk macam orang coway, atau apa apa produk berniaga. Homestay lebih mudah, kalau lokasi, gambar dan harganya kena pada pandangan si pengunjung, InsyaAllah homestay anda pasti laku.
Walau bagaimana pun, kami nak kongsikan juga 5 tips yang anda boleh buat sendiri supaya homestay anda akan dapat lebih banyak tempahan.
Kami sudah kongsikan di atas tadi, lokasi memang tersangat main peranan. Dan anda tempat tempat utama yang sepatutnya menjadi pilihan anda ialah yang berdekatan dengan tempat pelancongan, seperti di Cameron Highlands, seperti juga di pantai Terengganu, seperti juga di Taiping. Kiranya tempat itu memang sudah popular dengan orang ramai yang datang memang untuk bercuti.
Kalau macam dulu, kebanyakan homestay adalah seperti rumah kita sendiri. Tapi sekarang sudah lain. Kita sudah arif dengan konsep konsep rumah seperti modern living, bali konseplah, industrial konseplah, kontemporary konseplah, dan yang paling senang ialah seperti yang biasa hotel buat sendiri, iaitu Minimalist. Ini yang berlaku pada pasaran homestay di Malaysia sekarang, kalau homestay anda masih lagi seperti kebanyakan rumah biasa. Memang ia akan membuatkan orang tak berapa nak berminat untuk buat tempahan.
Lokasi dah cantik, konsep pun dah belanja banyak. Kita susun atur bukan kemain. Konsep rumah ni kita kena jaga, tak boleh nampak perabot cantik, kita pun beli dan terus masukkan dalam homestay kita, sedangkan konsepnya sudah lari. Tapi cantik, lengkapnya semua ini kan jadi sia sia kalau gambarnya tidak sesuai.
Gambar yang cantik, dan sesuai ialah gambar yang dalam keadaan landscape. Portrait hanya untuk tempat yang kecil seperti toilet sahaja. Tapi kalau nak ambil gambar toilet dalam keadaan landscape pun tiada masalah. Gambar landscape itu juga mesti nampak 3 permukaan dengan jelas. Iaitu ceiling, dinding dah pasti dan juga lantai, dengan wide angle. Seperti contoh gambar homestay [homestay tok puan] ini yang kami tangkap sendiri.
Gambar ini kami tangkap menggunakan Smartphone Samsung a73 sahaja, dengan 0.5 wide angle. Kalau ada iphone sepatutnya lagi cantik. Gambar dibawah adalah dari Iphone 12. Dengar cerita camera Iphone dari 11 ke atas, memang cantik.
Apa apa pun, gambar memang kena tangkap elok elok. Pihak kami ada menyediakan servis tangkap gambar homestay juga jika berminat.
Apa yang ada pada homestay orang lain, tapi tiada pada homestay anda pun akan main peranan juga. Homestay sebelah boleh bbq, homestay anda tidak. Sedangkan bbq pit tu dalam RM100 pun tak sampai. Maaf cakap, kadang kadang tu kos untuk kita sediakan rendah, tapi besar di pandangan hati tetamu yang datang. Contohnya macam anda sediakan satu saiz a4 tempat menarik atau kedai makan best di kawasan persekitaran homestay anda. Kan lebih baik, mudah untuk guest plan nak makan mana.
Yelah, mereka yang datang ke homestay kita, kadang tu nak breakfast pun tak tahu di mana. Dan bila orang local sendiri yang recommended pasti lebih membantu.
Promote homestay sepatutnya ada waktu yang anda slow, ada waktu yang anda kena kerja keras sikit. Waktu slow, ialah waktu yang memang tiada cuti sekolah contohnya. Dan waktu yang kena kerja keras sikit ialah sebulan sebelum cuti sekolah. Seperti contoh, sekolah cuti panjang bulan depan. Kebiasaannya, guest akan merancang 1 atau 2 bulan lebih awal. Jadi kena tingkatkan waktu promosi pada bulan sekarang. Bukan pada bulan waktu cuti sekolah.