Homestay Taiping Ada Kolam Renang

Bila kita bercuti, memang kita ingin kepuasan yang maksimum. Itu sebablah ramai yang memilih untuk mencari homestay yang ada kolam di Taiping. Ditambah pula dengan Taiping yang terkenal dengan sejarahnya yang kaya, kehijauan alam semula jadi, dan suasana yang tenang, merupakan destinasi percutian yang sempurna untuk pencinta alam dan keluarga.
Sama ada anda merancang percutian keluarga, hujung minggu bersama rakan-rakan, atau percutian solo yang tenang, mencari homestay yang sempurna memang memastikan lagi keselesaan dan kemudahan sepanjang penginapan anda. Tapi homestay di Malaysia ni sebenarnya tiada platform yang sesuai.
Tambah lagi tak semua orang kita suka menggunakan airbnb. Itu sebab kenapa senaraihomestay ini di bina. Moga ia memudahkan para tetamu yang mencari homestay untuk penginapan.
Berikut adalah antara homestay yang ada kolam, yang sempat kami cari dan kongsikan kepada anda.
Bil | Nama Homestay | to.Tasik(km) | Area | Whatsapp |
---|---|---|---|---|
1 | Taiping Homestay Private Pool (Muslim) | 6.2 | Kamunting | 0194758101 |
2 | D'Surya Villa with Swimming Pool | 6.3 | Kamunting | 60146698277 |
3 | D'Kolam Homestay Selinsing Semanggol Taiping | 17 | Selinsing | 0125046144 |
4 | Dhuha Homestay Private Swimming Pool | 7.8 | Kamunting | 0175731374 |
5 | Tok Janggut homestay | 16.8 | Changkat Jering | 0133836867 |
6 | NM Homestay | 8.9 | Kamunting | 0194327171 |
7 | Kasia Homestay Taiping | 3 | Taiping | 0194219310 |
8 | LT D' CHALET TAIPING | 8.4 | Taiping | 0178343373 |
9 | D'HR Chalet Taiping | 8.4 | Taiping | 60104647980 |
Untuk pengetahun, jarak Tasek Taiping yang ada dalam table di atas adalah jarak ke Medan Selera FMS Taiping berdekatan dengan Taman Tasik Playground. Medan Selesa Tasik Taiping ni juga berdekatan dengan Commercial Centre. Dalam commercial centre ni ada Kedai Nasi Kandar Beratur 786, ada juga KFC (kami boikot), Chagee, TeaLive dan beberapa kedai yang lain.
Nasi Kandar Berator 786 ni adalah satu satunya nasi kandar yang kita boleh kata kedai makan nasi kandar yang nampak official gitu.
Sebab di Kamunting dan Taiping, memang ada banyak kedai nasi kandar, tapi tak seperti Nasi Vanggey di Ipoh, tiada kedai makan nasi kandar macam level di Penang Line Clear, atau di Penang ada juga lain Subaidah. Banyak yang kedai makan nasi kandar yang biasa biasa sahaja. Atau pun kalau yang boleh lawan, adalah Nasi Kandar Haji Midin di Simpang. Apa apa pun, memang Nasi Kandar Beratur 786 ni ada betul juga rasanya.
Suka kami nak ingatkan juga, Taiping ni sebenarnya bukanlah luas mana. Dalam 30 minit, anda boleh kemana mana sahaja untuk semua kawasan di Taiping. Itu sebab kami masukkan juga Kamunting, Changkat Jering, Simpang, kalau ada homestay pool di Kuala Kurau pun memang kami akan masukkan juga nanti. Kalau orang luar, memang rasa Taiping ni kawasan tumpuan, ya memang betul
Tapi kalau belah malam, Taiping ni dah senyap sebenarnya. Itu sebab, kami cadangkan anda ambil kira penginapan yang ada di Kamunting juga.