Homestay Kuala Terengganu tepi Pantai Batu Buruk
November 12, 2024
Minta maaf, kami cakap awal awal. Kalau nak homestay memang direct tepi Pantai Batu Buruk macam tak ada ya. Sebab kebanyakannya yang memang facing Pantai Batu Buruk adalah sama ada resort dan hotel. Tapi kami adalah jumpa, antara homestay yang dekat juga dengan pantai ni. Drive dalam 5 minit ke 10 minit macam tu sahaja, mungkin tak sampai 10 minit. Memang dekat, cuma tiada yang sampai di tepi Pantai Batu Buruk.
Cukup cukup 10, mungkin ada lagi. Tapi kami cari yang tak spread jauh sangat. Memang antara homestay yang dekat sangat ni.