Kami baru sahaja selesai dengan artikel Homestay di Gong Badak yang ada kolam, untuk artikel ni kami nak kongsikan kawasan yang lebih luas meliputi daerah Kuala Terengganu pula.
Kuala Terengganu ini sebenarnya luas, dan untuk buatkan satu artikel khas ceritakan satu daerah 605 km2, memanglah tersangat banyak yang boleh dimasukkan. Lagi 200 km2 sahaja untuk menyamai saiz Perlis Indera Kayangan, 821 km2
Berikut adalah 15 homestay di Kuala Terengganu yang ada kolam renang, atau swimming pool yang sempat kami kongsikan.
- Private Pool Kuala Terengganu
- ZF Homestay Manir Kuala Terengganu
- Ani Home2stay Kuala Terengganu ada kolam renang
- Homestay Kuala Terengganu By Radazos
- ISETIA HOMESTAY
- Marisa Villa Homestay
- Awang’s Villa Homestay
- Pok Shariff Homestay
- Fiza homestay
- Homestay Inap Nekmi Kuala Terengganu With Pool
- Teratai Homestay
- Aidan Home 2
- Pantai Pandak Chendering Homestay with private pool
- Calmé Luna – a Little Oasis in Kuala Terengganu
- Blumeen Villa 1
Daripada 15 homestay yang kita akan review ni sebenarnya ada yang kami sudah pun review tapi pada artikel yang lepas atau untuk lokasi yang lebih jelas. Contohnya, homestay no 3, 4 dan 7. kami sudah pun review untuk Lokasi Homestay di Gong Badak, jadi anda boleh lihat di artikel yang sudah ya.
Bismillah, kita mula
Private Pool Kuala Terengganu
Yang pertama Private Pool Kuala Terengganu, terletak di Kampung Pauh, boleh kata berhadapan dengan Madrasah Ar Rahmah. Kalau nak kata bangunan landmark yang paling dekat mungkin Mydin Mall Kuala Terengganu, walaupun ambil masa juga dalam 10 minit.
Tapi kami suka cara tembok homestay ini dibina. Nampak macam tinggi sikit, kadang kadang tu homestay sudah ada kolam, tapi tembok guna jaring, atau orang boleh nampak anak bini kita tak bertudung. Tapi usaha homestay ni buatkan kami suka nak rekemen.
Private Pool Kuala Terengganu |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 8 – 12 4 bilik 0133887110 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
16.1 km 09.1 km 10.0 km 13.8 km 08.2 km |
ZF Homestay Manir Kuala Terengganu
Homestay Manir ni terletak di Kampung Baru Tetambah, kalau anda memang niat datang homestay dan nak merasa juga ke pantai petang petang homstay ni mungkin tak berapa sesuai. Sebab homestay ni agak ke darat, kalau tak silap pantai yang paling dekat ialah Pantai Seberang Takir, 25 minit. Ke bandar KT pun dalam 20 minit juga.
Tapi kalau memang niat nak berada di sekitar Kg Baru Tetambah ni, Homestay Manir memang pilihan yang terbaik, suasana ala ala kampung. Rumah ni jenis semi D, ada dua buah, setiap satunya 3 bilik, jadi anda boleh dapat maksimum 6 bilik.
ZF Homestay Manir |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 12 – 18 3 + 3 0136290706 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
16.9 km 14.6 km 16.1 km 15.4 km 14.4 km |
ISETIA Homestay
ISETIA Homestay ni bukan terletak berhampiran bandar KT ya, tapi terletak di bahagian paling selatan Kuala Terengganu, iaitu Chendering. Landmark yang paling jelas ialah Masjid Sultan Ismail Chendering yang hanya 3 minit sahaja.
Homestay ISETIA Homestay ni besar, luas. Anda tengok gambar pun sebenarnya dah puas hati. Boleh memuatkan 15 orang, ada 5 bilik, 9 tilam dan 6 bilik air.
Kalau Homestay Manir kami suka sebab kolamnya dikelilingi tembok yang agak tinggi, Homestay ISetia ni pula buat sekadar tembok, tapi memang kolam di letak di tengah tengah binaan rumah homestay ini sendiri memang cantik. Ada 4 bilik besar dan 1 bilik untuk single.
Macam biasa, kami sajikan anda dengan beberapa gambar, details takat mana yang kami jelas dan juga contact owner untuk berurusan direct dengan owner.
ISETIA Homestay |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 13 – 15 4 + 1 0132827070 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
22.5 km 8.7 km 10.5 km 15.8 km 08.6 km |
Marisa Villa Homestay
Marissa VIlla ini menarik juga ya, mungkin sebab lokasinya. Dan memang ramai yang duduk di sini, kalau jenis convoy motor ramai ramai pun banyak juga yang memilih Marisa Villa. Mungkin sebab kapasitinya yang besar, tapi harganya pula macam tak mahal sangat. Homestay ni ada dua unit, sebuah private pool yang boleh muat 10 orang, lagi sebuah, homestay mini private pool untuk 7 orang. Harga, RM450 dan juga RM250
Rumah ada yang 3 bilik dan juga 2 bilik tidur. Jadi total anda dapat 5 bilik, kalau ambil dua dua. Bersebelahan dengan Airport, memang boleh nampak airplane turun naik. Dan hanya beberapa minit sahaja untuk anda sampai ke Stadium dan bandar. Bilik lengkap dengan aircond. Boleh bbq juga.
Marissa Villa |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 17 + 7 2 + 1 0199880081 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
07.5 km 11.1 km 09.5 km 07.6 km 09.8 km |
Seterusnya, Pok Shariff Homestay
Pok Shariff Homestay
Landmark atau tempat menarik yang paling dekat dengan Pok Shariff ni ialah Terengganu State Museum. Pok Shariff homestay ni juga lebih kurang seberang sungai sahaja dengan no 1, Private Pool KT yang depan madrasah kami kongsikan mula mula tadi. ada 3 bilik tidur lengkap dengan aircond, 2 bilik air yang lengkap dengan water heater.
Rumah ni tepi jalan utama, ada kolam, anda juga boleh bbq disini.
Pok Shariff Homestay |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 6 – 9 3 01137581365 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
13.4 km 09.4 km 12.6 km 11.9 km 09.1 km |
Fiza Homestay
Fiza Homestay ni macam dah nak sampai ke kaki bukit pun ada, bermaksud lokasinya lagi ke darat daripada pantai pantai di Kuala Terengganu. Rumah jenis banglo sebuah yang agak besar juga. Ada kolam renang, dan ratenya pun agak baik juga. 4.5 daripada 5 star di Google Map.
Tahukah anda, tak ramai daripada kita akan tinggalkan review. Boleh kata dalam 10 group of guest, yang akan tingalkan review mungkin 2 atau 3 sahaja. Apatah lagi kalau rating yang homestay ini dapat agak tinggi tinggi juga.
Fiza Homestay |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 6 – 9 3 0197899725 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
18.4 km 16.1 km 17.6 km 16.9 km 16.1 km |
Homestay Inap Nekmi KT
Tahukah anda, homestay yang paling popular di Kuala Terengganu apa? Kami tak pasti kalau yang pertama apa, tapi kami pasti Homestay Inap Nekmi ni adalah antara yang top 3 paling popular di Kuala Terengganu.
Homestay ni hanya 5 minit sahaja nak ke bandar Kuala Terengganu, Mydin Mall pun 5 minit juga. Boleh kata homestay bandar tapi suasana kampung. Homestay Inap Nekmi ni binaannya berkonsepkan traditional. Kalau anda datang nak ramai, family gathering memang sini sesuai, ada 7 buah chalet, boleh muatkan atleast 22 orang. Parking pun luas.
Homestay Inap Nekmi ni juga ada sediakan satu cafe iaitu Tumbuh Coffee Bar. Memang menarik.
Homestay Inap Nekmi |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 22 11 bilik 01112219296 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
17.4 km 03.3 km 05.4 km 09.2 km 03.0 km |
Teratai Homestay
Teratai Homestay ni kan, macam rumah kampung biasa, berbatu, tapi yang pasti ada kolam renang. Terletak di Kuala Ibai, mudah kata area selatan Kuala Terengganu. Teratak Homestay ni ada 3 ya, jangan keliru pula.
Kami maksudkan ialah Teratai Homestay, bukan no 2 dan 3. Pantai yang paling dekat ialah Pantai Chendering.
Teratai Homestay |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 20 6 0136229629 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
20.1 km 06.3 km 08.1 km 11.6 km 04.4 km |
Aidan Home 2
Nampak macam ada AIdan Home 1 bukan? Ya. Memang ada.
Tapi Aidan Home 2 yang kami pilih ada kolam, dan hanya 8 minit sahaja daripada the popular Jambatan Angkat. Homestay ni mungkin double storey end lot atau 2.5 storey end lot terrace.
Memang cantik, binaan serba modern, kebanyakan kolam renang, jarang owner letakkan binaan kayu supaya tapak kita pijak di tepi kolam tidak terlampau licin dan keras. Pool pun agak besar juga, kami harap Aidan Home 2 ni, sudah berdaftar dalam senarai homestay kami.
Lagi satu, sebabkan memang kawasan rumah disini yang bertingkat, sememangnya jiran belah belakang dan mungkin juga depan boleh nampak family anda bermain main mandi kolam, tapi host ambil inisiatif untuk letak canopy pula supaya lebih privasi gitu.
Homestay ini end lot, seberang end lot pula adalah jalan raya, seberang jalan raya adalah homestay juga, ST2 Damai Homestay. Jadi kalau kita terlebih bising sikit, tak adalah mengganu kejiranan sangat.
Apa apa pun sebagai guest homestay, sangatlah penting untuk kita menjaga disiplin diri bila menginap di mana mana homestay sekalipun, sebab kejiranan kita bukan seperti hotel atau resort, tapi rumah rumah orang biasa tinggal.
Aidan Home 2 |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 13 4 0133334183 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
10.7 km 04.4 km 02.7 km 04.7 km 05.8 km |
Pantai Pandak Chendering Homestay with private pool
Kami nak bawa kelainan sikit, asyik asyik review homestay dalam kampung, banglo atau terrrace sahaja, kali ni kami nak kongsikan yang dekat 350m sahaja daripada Pantai Chendering.
Sudahlah dekat pantai, ada private pool pula. Homestay ni jenis corner lot, bila dekat dengan kawasan pantai ni aircond memang penting. Jangan fikir yang kawasan dekat dengan pantai itu sejuk ya. Tak seperti sungai, sebab kawasan dekat pantai ni suasananya agam suam suam,
Hanya 600m sahaja daripada Masjid Sultan Ismail.
Homestay Pantai Pandak Chendering |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Google Map | Waze 6 – 9 3 0139712200 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
22.6 km 08.8 km 10.6 km 13.9 km 06.8 km |
Calme Luna dan Blumeen Villa
Seterusnya Calme Luna dan Blumeen Villa.
Untuk pengetahuan anda homestay yang berdaftar dengan kami ialah Calme Luna dan Blumeen Villa sahaja daripada banyak banyak yang kita kongsikan dalam artikel ni, untuk tempoh sekaranglah. Diharapnya lebih banyak lagi homestay yang berminat untuk menggunakan servis kami, tujuannya adalah satu, tak lain tak bukan untuk memudahkan para tetamu untuk membuat pilihan.
Susah sebenarnya guest dari merata Malaysia nak bertanya homestay satu persatu. Tapi dengan sistem kami, diharapnya lebih mudah.
Dan untuk review Blumeen Villa dan Calme Luna memang mudah sebab data yang kami ada sudah lengkap. Anda boleh lihat sendiri di link bawah.
Calme Luna dan Blumeen Villa ni dalam satu taman, optionnya pada berapa ramai yang anda nak menginap. Kalau memang ramai, boleh cuba Blumeen, atau dalam 10 orang, tapi masih lagi nak suasana yang private dan mewah, Calme Luna Suites adalah terbaik.
Blumeen Villa & Calme Luna |
|
Location : Maximum Guest : Bilik : Owner Contact : |
Blumeen | Calme 18 | 10 4 | 4 0136619001 |
Nearby To |
|
Gong Badak bandar KT Jambatan Angkat Pantai Seberang Takir Pantai Batu Buruk |
0 km 0 km 0 km 09.4 km 09.4 km |