Untuk homestay 4 bilik di Kuala Terengganu ni sebenarnya susah juga nak mencari.
Bukan sebab kebanyakannya 3 bilik, tapi sebab terpaksa sort satu persatu. Kami harap, lebih ramai homestay owner yang menyertai senaraihomestay.my supaya kita lebih mudahkan guest yang nak mencari.
Apa apa pun, kami sempat dapatkan 7 buah homestay sahaja dan kebanyakannya adalah di Daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Dan ya semuaya adalah 4 bilik.
Dan homestay 4 bilik yang kami akan kongsikan ialah:
1.Aaeesha Homestay with pool Kuala Nerus
2.Ain Muslimah Spa & Homestay
3.ASTANA HOMESTAY TERENGGANU
4.de’hatis❤️homestay
5.hometay d razak
6.IM’s Homestay with private pool
7.Sudi Nerus Homestay
Aaeesha Homestay with pool Kuala Nerus
Semua homestay dalam senarai ni di Kuala Nerus ya, kira memang area hub pendidikan. Hanya beberapa minit sahaja untuk ke UMT, Unisza, IPG, MRSM, ILP.
Aaeesha Homestay ni ada 4 bilik ya, dalam tempoh kami review ni, 2 bilik ada aircond, lagi 2 bilik menggunakan kipas. Ada aircond di bahagian ruang tamu juga.
Untuk kos pula, kalau nak sekali dengan pool RM680, kalau nak rumah sahaja, RM380 dengan maximum guest ialah 14 orang. Pool macam ni best, sebab tertutup, privasi anda terjaga.
Ain Muslim Spa dan Homestay
Homestay ni kemungkinan ada 2 buah, kami tak pasti yang lagi satu sudah dilancarkan atau pun belum. Nanti kami bagi contact direct owner sekali anda boleh tanya mereka sendiri, kalau boleh memang dekatlah sangat.Bolehlah kalau rombongan kenduri tu tak jauh sangat duduknya.
Homestay ni terletak di Kg Tok Jembal, masih lagi dalam daerah Kuala Nerus, cuma area Tok Jembal ni adalah di bahagian selatan sikit Daerah Kuala Nerus. Untuk bilik, memang ada 4 buah, paling best sekali, setiap 4 bilik ni ada katil queen, extra 1 katil single juga with Intex Pool. Intex Pool ni yang jenis above ground pool, maksudnya owner tak perlu korek tanah.
ASTANA HOMESTAY TERENGGANU
Kita masih lagi di daerah Kuala Nerus, tapi di bahagian bawah Airport, bermaksud anda akan dekat dengan stadium. Macam biasa homestay 4 bilik ni, 3 daripadanya ada aircond + kipas, bilik ke empat sahaja tiada aircond, 3 bilik air.
Semua katil jenis queen bed, ada ruang tamu yang luas. Ruangan luarnya juga luas, sebab kita boleh nampak macam gambar tetamu yang sedang BBQ.
De’ Hatis Homestay
Seterusnya De Hatis Homestay, homestay ni macam tak update dengan Google Map, jadi kita tak pasti dimana locationya yang sebenar. Kebiasaannya kami bila review homestay, faktor untuk homestay tu mesti ada dalam Google Map adalah yang paling utama, untuk kita elakkan scammer.
Walaupun ada pihak yang tak bersetuju, sebab semua tu boleh buat di buat juga, tapi apakan daya, ini sahaja cara yang kita boleh buat untuk pastikan kesahihan untuk elak daripada scammer homestay.
Tapi homestay De Hatis ni memang sangat menarik, buatkan kami terpaksa lupakan faktor mesti ada location dalam Google Map sekejap untuk homestay ni. Kenapa? Sebab memang homestay ni terbaik, ada kolam, 4 bilik juga, ada wifi, tak sure speed berapa.
Homestay ini pun luas juga, dengan anggaran RM500 satu malam.
Hometay D Razak
Homestay D Razak ni ada banyak ya, kemungkinan ada sampai 6 buah rumah homestay. Dan setiap satu cawangan, akan ada dua rumah homestay yang dekat. Boleh jadi dekat, lorong yang sama atau pun bertentangan.
Bermaksud, tak jauhlah kalau anda datang memang ramai. Cuma bilik tu, ada yang 4 buah, ada yang 3 buah juga.
IM’s Homestay
Seterusnya IM’s Homestay berkongsepkan ala ala rumah kampung ni dekat dengan Taman Tamadun Islam. Dalam TTI ni ada juga Masjid Kristal. Dekat juga dengan Museum State. Nak ke Jambatan Angkat pun dalam 20 minit sahaja.
Ada 4 bilik, dan setiap bilik pun dilengkapi dengan AirCond. Homestay ni ada pool juga, dan daripada 3 toiletnya, 1 daripadanya adalah di luar, outdoor. Jadi tak perlu nak kedalam dah untuk mandi sekali lagi air tandas pula selepas mandi kolam kalau nak.
Saiz pool 16×8, ada juga gazebo dan ruang duduk kerusi batu untuk rehat rehat.
Sudi Nerus Homestay
Yang ni best, sebab sampai 25 orang boleh cover. Walaupun capacity 4 bilik sahaja. Kolam pun besar juga, dengan ruangan parking dalam pagar pun luas, macam boleh muat sampai sekurang kurangnya 7 buah.
Kebiasaannya homestay owner akan anggap 2 atau 3 orang satu bilik. Bermaksud, kalau 4 bilik, boleh jadi 8 ke 12 orang maksimum. Tapi Sudi Nerus, boleh sampai 25 orang. Lebih baik lagi, hanya RM 400 sahaja untuk satu malam.
Terbaik juga ni, kami tak pasti RM400 sampai bila, apa apa pun anda update sendiri dengan host sebab kami dah berikan no whatsapp direct.
*Tapi untuk location, Sudi Nerus ni bukan lagi di bandar