Untuk homestay di Kampung Gong Badak yang ada kolam atau swimming pool sebenarnya, memanglah banyak. Harganya pun bagi kami sangatlah berpatutan(boleh kata murah juga) kalau nak dibandingkan dengan harga semasa yang biasa host homestay letak untuk area di tempat lain seperti di Alor Setar dan juga Ipoh.
Jadi dalam artikel ni, kami nak kongsikan 8 buah homestay pilihan yang memang kami pun sudah confirm memang ada kolam, lengkap dengan berapa bilik dan contact number untuk anda urus direct dengan pemilik.
1.Awang’s Villa Homestay 2.Naura Homestay 3.ZR D’Datok Homestay 4.D’Cottage 5.Homestay By Radazos 6.Ani Home2stay 7. Anjung Ara Suites And Roomstays 8. La Vista Villa |
Tapi sebelum tu, suka juga untuk kami ingatkan, kawasan yang anda nak cari ialah Gong Badak, atau Kampung Gong Badak, mungkin sebab kawasan ni paling dekat dengan UMT dan juga Unisza, tapi di sekitar Kampung Gong Badak ni ada juga kawasan lain yang juga dekat sebenarnya.
Sebelah kampung sahaja, seperti
2.Kampung Tok Jembal
3.Kampung Gong Datok
4.Kampung Padang Nenas
5.Kampung Jati
Banyak lagi yang belah atas dalam Daerah Kuala Nerus, tak termasuk nama taman taman yang baru naik lagi, dan kesemuanya lebih kurang dalam 15 minit sahaja.
Bermaksud, anda masih lagi boleh cari homestay di kawasan juga, andai kata yang di Kampung Gong Badak yang kami rekemen ni sudah sold out.
Awang Villa Homestay
Awang Villa Homestay terletak di Mukim Gong Badak, perjalanannya ke Unisza, ILP dan UMT lebih kurang sama, dalam 6 minit sahaja. Manakalau kalau nak ke IPG dan juga MRSM yang berada di belah utara, lebih kurang 10 minit, atau 5.7 km.
Boleh muatkan berapa orang? 15 orang atleast. Dah dan namanya pun Villa, memang rumah ni besar. Sofa set sahaja boleh duduk sampai 12 orang, meja makan ada 8 seater. Majlis kahwin pun sebenarnya boleh dibuat disini.
Ada 5 bilik tidur, dan ruangan parking berpagar boleh memuatkan 7 buah kereta.
Awang Villa Homestay |
5 bilik tidur 15 tilam Boleh muatkan 7 buah kereta parking dalam pagar Harga : ??? Location : Google Map | Waze +60123680365 << Whatsapp Awang Villa Direct |
Naura Homestay
Kalau di Awang Villa tadi tu adalah sebuah rumah. Atau sebuah rumah banglo, Naura Homestay ni pula adalah homestay jenis Semi D. Dan dua dua unit sebelah menyebelah adalah unit untuk Naura Homestay.
Setiap rumah ada 3 bilik dan 2 toilet, bermaksud, anda akan dapat 6 bilik tidur dan 4 toilet. Dan total maksimum guest ialah 12 orang. Dengan swimming pool yang memanjang di hadapan pintu kedua dua belah rumah. Parking kereta boleh 6 buah di dalam pagar, dan lagi 2 buah di luar pagar.
Lengkap dengan Wifi juga, ada bbq pit, netflix
Naura Homestay |
6 bilik tidur, 4 bilik air 6 buah kereta boleh parking dalam pagar, 2 buah di luar Wifi, tapi tak speed berapa, bbq pit, netflix Harga : ??? Location : Google Map | Waze +601155075508 << Whastapp Naura Homestay Direct |
ZR D’Datok Homestay GongBadak & Private Pool
Seterusnya ZR D’Datok Homestay GongBadak & Private Pool pula.
Kami nak ingatkan juga, senarai homestay yang anda swimming pool anda lihat sekarang, hanya perlu bezakan berapa guest yang boleh masuk, berapa toilet yang ada, dan apa amenities yang ada. Seperti wifi, bbq dan lain lain.
Kalau dari segi kedudukan, atau jarak anda dengan tempat yang nak pergi, juga dengan tempat menarik untuk jalan jalan petang petang tak perlu kesah sangat sebab semuanya lebih kurang sama sahaja.
*update, maaf, harga juga. Cuma harga kami tak dapat nak kongsikan sebab mereka disclosed harga, dan masih lagi tidak berdaftar dengan SenaraiHomestay.My untuk kami mudahkan perbandingan untuk anda.
Kalau Naura Homestay tadi dua dua belah semi D dia punya, ZR Datok Homestay ni semi d juga, tapi ini untuk yang sebelah sahaja. Harga pun akan drop banyak juga, homestay ni ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. Maximum guestnya ialah 8 orang.
Bermaksud dalam 1 atau 2 buah kereta atau 1 atau 2 family memang sangat sesuai.
Kolam renangnya saiz kecil sahaja tapi indoor, menarik juga tu.
ZR D’Datok Homestay |
3 bilik tidur, 2 bilik air Harga : ??? Location : Google Map | Waze 01136077175 << Whatsapp Datok Homestay Direct Booking << Tempahan Online |
D Cottage
Kami sengaja memilih d Cottage sebabkan binaan dan konsepnya berbeza. Ala ala chalet gitu. Kedudukannya boleh kata yang paling selatan atau yang paling bawah dari kesemua homestay yang kami kongsikan dalam artikel ni.
Bermaksud, kalau memang niat nak ke MRSM atau IPG sebagai tujuan utama, anda akan jauh sikit. Walaubagaimanapun, seperti yang kami kongsikan awal tadi, dalam tempoh 15 minit boleh sampai.
D Cottage |
berapa bilik? Maximum guest? Harga : ??? Location : Google Map | Waze 0199833645 << Whatsapp D Cottage Direct 0199144127 << Whatsapp D Cottage Direct No contact owner. |
Kami tak pasti yang mana satu. Jadi kami kongsikan dua dua nombor ini sahaja.
Homestay Kuala Terengganu By Radazos
Radazos ni boleh kata antara yang paling popular. Terletak di bahagian utara, iaitu Kampung Padang Nenas, bukan di Gong Badak, tapi masih lagi tak jauh. Lebih kurang kampung sebelah sahaja. Berada di tengah tengah antara UMT, UNisza, ILP di bawah, dan MRSM dan IPG di atas.
Homestay Radazos ni lebih kurang macam Awang Villa, sebab Radazos ini pun villa juga. Ada 8 bilik, dan fully aircond. Bermaksud setiap bilik ada aircond. Untuk pengetahuan anda yang menggunakan function carian di SenaraiHomestay kami juga ada amenities khas untuk homestay yang ada aircond di setiap bilik. Anda boleh tick disana, dan homestay owner jangan lupa tick pula andai kata homestay anda memang ada feature ini. Ada 17 katil queen, 8 bilik air, lengkap dengan water heater.
Dapor juga lengkap untuk memasak dan boleh BBQ. Aktiviti lain seperti permainan pingpong, Carom, bola tampar, memancing juga disediakan. Homestay Radazos ini juga ada menawarkan trip ke tempat tempat menarik seperti ke Pulau Redang, Pulau Kapas dan lain lain.
Homestay Radazos |
8 bilik tidur, 8 bilik air Kami tak pasti berapa maximum guest, tapi ada 17 katil queen. Ada banyak aktiviti permainan. Harga : ??? Location : Google Map | Waze 0137976158 >> Whatsapp Homestay Radazos Direct |
Ani Home2stay Kuala Terengganu
Macam boleh muatkan ramai orang homestay ni. Kami tak dapat nak berikan maklumat lebih banyak sebenarnya untuk homestay. Cuma apa yang kami boleh kongsikan homestay ni ada 6 buah bilik. Bermaksud, atleast 12 orang guest boleh masuk.
Belum kira lagi dengan kalau ada boleh tambahan tilam juga.
Apa apa pun, homestay ni antara yang popular juga, anda mungkin kena booking cepat cepat, buat tempahan awal.
Ani Home2stay Kuala Terengganu |
6 bilik Tidur Harga : ??? Location : Google Map | Waze 0174658495 >> Whatsapp Ani Homestay Direct |
Anjung Ara Suites And Roomstays
Kalau di Cottage adalah yang paling selatan, Anjung Ara Suites And Roomstays ini pula yang paling utara. Tapi masih lagi hanya 8 minit sahaja nak ke UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
Di anjung ara suites and roomstays setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, almari pakaian, bilik mandi peribadi, TV skrin rata, linen katil dan balkoni dengan pemandangan taman. Semua bilik dilengkapi dengan cerek, manakala bilik-bilik tertentu akan menyediakan dapur dengan peti sejuk dan microwave. Ada 4 jenis bilik, Suite Family boleh muat 6 orang, suite dengan kolam renang peribadi boleh muat 8 orang, bilik triple 3 orang lagi, dan bilik quadruple lagi 4 orang. Total boleh muatkan 21 orang.
Parking dalam pagar, macam boleh muat 6 atau 7 kereta, dan ada lagi ruang parking diluar.
Anjung Ara Suites And Roomstays |
Maximum Guest – mungkin 21 orang ada 4 jenis bilik Harga : ??? Location : Google Map | Waze 0129223777 >> Whatsapp Ani Homestay Direct |
Alhamdullillah, moga memudahkan perjalanan dan percutian anda. Assalamualaikum
Jika anda owner homestay dan berhasrat untuk masukkan homestay dalam senaraihomestay.my kami, boleh terus direct whatsapp support button hijau dibawah ya, terima kasih.