3 Keadaan Yang Tak Digalakkan Terima Guest

Bila sudah ada homestay, belanja banyak mestilah kita nak pengunjungkan. Tapi itulah, tak semua pengunjung itu sebenarnya jujur. Jadi perlukan juga hati hati. Tiga keadaan ini pun sebenarnya bukanlah asing lagi. Sebagai pengusaha homestay, kami pasti ada diantara anda sebenarnya sudah terbiasa dengan tiga perkara ni, cuma niat kami hanya sekadar berhati hati dan beringat ingat sahaja.
Guest yang paling cantik keadaannya ialah bila mereka ni tempah dan rancang perjalanan mereka lebih awal. Contohnya, nak menginap bulan depan, bulan ni sudah masukkan duit tempahan untuk homestay kita. Jika ini berlaku, kita yang mengusahakan homestay lebih mudah, duit dapat awal, set awal, kita pun lebih senang nak rancang kemudian hari. Tapi adakalanya yang guest hari ni chat, hari juga nak masuk.
Tapi kita pun faham, kadang tu mungkin guest sudah buat tempahan dengan homestay yang lain, tapi mungkin ‘ter’cancel di belah yang sana, atau tiba tiba ter-tambah lagi satu kereta untuk bercuti. Anda boleh terima, tapi hati hati sebab macam macam boleh terjadi.
Pernah terjadi, guest nak masuk dahulu. kunci homestay pula jenis self check in. Host pun benarkan sebab guest cakap dia akan masukkan bayaran lagi 2 jam macam tu. Elok sahaja sudah bagi masuk, selang beberapa jam, guest pun lesap. Duit tak bayar, rumah pun kena cuci.
Seeloknya, biar buat bayaran penuh dahulu, baru benarkan masuk. guest yang baik dan jujur sepatutnya tiada masalah pun untuk buat bayaran. Dah mereka pun nak bercuti, sudah pasti ada duit untuk penginapan. Guest yang macam berat nak bayar, sepatutnya anda sebagai host mesti rasa ianya sudah tidak masuk akal.
Setiap homestay itu berbeza, ada yang masuk jam 12, ada yang masuk jam 3. Ada yang pet friendly, ada yang tidak. Ada yang boleh guna extra tilam, ada yang tidak. Tidak seperti hotel yang lebih kurang sama packagenya dan kebiasaanya hotel sudah jelas. Homestay lain, banyak kali juga package homestay mengikut kepada budi bicara host. Apa apa pun, sudah pasti kadang kadang akan berlaku salah faham.
Malahan, kami yakin pengunjung anda yang sebelum ni, daripada 10 tempahan, mesti dalam 3x daripadanya yang kita tersalah faham disebabkan tidak membaca description dengan betul. Atau ada tindakan guest yang mungkin memberi sedikit masalah.
Apa apa pun, anda sebagai host, bukan tak nak guest. tapi jika kes seperti ini berlaku, ada baiknya kita buatkan description homestay kita lebih ringkas atau pun di dalam rumah homestay kita pun ada peringatan untuk mereka.